Wednesday 23 November 2011

Rancangan Mengajar Harian Bahasa Melayu Tahun Satu(Kebun Datuk Anas)


Rancangan Pengajaran Harian:

Mata pelajaran             :                       Bahasa Malaysia
Kelas                           :                       Tahun 1 Ba
Tarikh                          :                       14  Jun 2011
Masa                            :                       11.35 pagi – 12.35 tgh (60 minit)
Bilangan murid                        :                       20 orang
Tema                           :                       Mari Bertani
Tajuk  Pelajaran           :                       Kebun Datuk Anas
Objektif pembelajaran :             `         `Murid dapat bercerita tentang tajuk dengan menggunakan ayat
                                                            tunggal
Hasil pembelajaran      :                       Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

A.     Menguasai isi kandungan
1.      Murid dapat bercerita tentang gambar dengan menggunakan ayat tunggal.
2.      Murid membaca teks dengan lancar , sebutan jelas dan intonasi yang betul.
B.     Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir

1.      Murid dapat menyenaraikan nama-nama sayuran yang terdapat dalam gambar .
2.      Murid dapat menyatakan kegunaan alatan berkebun yang berkaitan dengan petikan.
C.     Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

1.      Murid dapat menyatakan kebaikan bercucuk tanam .

2.      Murid dapat membezakan gambar sayur-sayuran yang elok dan rosak..
           
Konsep/prinsip/hukum/teori: 

Bahan, peralatan dan bahan sumber:  Buku teks, Lembaran Kerja, Slaid Powerpoint

Pengetahuan sedia ada.: Murid pernah melihat kebun sayur-sayuran dan alat-alat yang digunakan untuk berkebun.







Rancangan Pengajaran Harian Kebun Datuk Anas
Langkah/Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)
Guru membawa alatan daripada makmal Kemahiran Hidup yang berkaitan dengan tajuk

1.       Guru menunjukkan alatan seperti cangkul, penyiram, sarung tangan dll
2.       Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pelajaran
1.       Murid menyatakan nama alat yang berkaitan.
 Strategi:
Menghubungkaitkan

Sumber /Bahan
Cangkul, sarung tangan , penyiram dll

Menstruktur/Menstruktur Semula
(40   minit)
1.Gambar kebun sayur-sayuran
2. Membaca teks dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
3. Cerita tentang kegunaan alatan di kebun
1.       Guru memperlihat-kan  gambar tentang kebun sayuran
2.       Guru memaparkan cerita dalam slaid berdasarkan tajuk.
3.       Guru memaparkan gambar alatan dan perkataannya
1.       Murid bercerita berdasarkan dengan menggunakan ayat tunggal
2.       Murid membaca teks dengan bimbingan guru.
3.       Murid membaca teks dengan bimbingan guru.
4.       Murid melihat gambar dan menyatakan nama alatan yang terdapat dalam slaid gambar.
5.       Murid membaca perkataan yang terdapat dalam slaid

Strategi:
-cerita
-Bacaan
-

Sumber 
Buku teks,
Gambar dalam MS. Power Point
(Slaid 1)
Aplikasi Idea
(10 min)
1.Memadankan gambar dan perkataan.
2. Menyenaraikan nama-nama alat
1. Guru mengedarkan lembaran kerja.

1.       Murid memadankan gambar dengan alatan
2.       Murid berbincang dengan rakan berkaitan dengan lembaran kerja.
Strategi:
Latih tubi

Sumber :
Lembaran Kerja

Refleksi/ Penutup
(5 min)
Membina ayat tunggal secara lisan.
1.       Guru membuat rumusan tentang apa yang telah murid pelajari
1.       Murid dapat membina ayat secara lisan
2.       Murid dapat menyatakan kebaikan berkebun.
Strategi:
Lisan

Sumber 
Slaid gambar


No comments:

Post a Comment